Sempena Sambutan Hari IBu, Kelab telah mengadakan Majlis Belaian Bonda PLC pad 17 Mei 2009 di Prince Hotel & Residence, Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Majlis berbentuk 'Hi-Tea' bermula jam 1.30 ptg hingga 6.00 ptg di hadiri oleh Tetamu DiRaja iaitu D.Y.M.M. Raja Permairusi Perak, Tuanku Bainun dan D.Y.T.M Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim.

Majlis tersebut dengan kerjasama Nona Karangkraf menyediakan hadiah untuk Anugerah Ibu Cemerlang NONA 3 orang dan Anugerah Ibu/Wanita Berjaya PLC 3 orang. Majlis diserikan dengan persembahan nyanyian, cabutan bertuah dan tarian poco-poco.


Baru-baru ini bertempat di Kelab Darul Ehsan, satu majlis sumbangan derma kepada golongan yang kurang bernasib baik telah pun diadakan. Pihak kelab telah memilih untuk menyumbang kepada anak-anak yatim, golongan OKU serta ibu tunggal yang daif sebagai penerima sumbangan. Majlis telah dimulakan dengan berbuka puasa bersama-sama dan kemudian disusuli pula oleh majlis menyerahkan sumbangan kepada golongan terpilih ini.





Terima kasih kepada semua penyumbang dan AJK serta ahli-ahli PLC yang menjayakan majlis tersebut.



Satu majlis tahlil dan ceramah sempena menyambut Ramadhan 1430 telah diadakan di surau Taman Sri Ukay pada 15 Ogos 2009. Majlis telah dihadiri oleh ahli-ahli PLC berserta keluarga mereka bersama-sama jemaah surau tersebut. Majlis telah dimulakan dengan membaca tahlil sebelum menunaikan solat maghrib berjemaah.



Ceramah mengenai Ramadhan pula telah disampaikan oleh penceramah jemputan. Setelah selesai majlis, hidangan malam telah disediakan untuk para jemaah.



Sempena Sambutan Hari Ibu, Kelab PLC dan NONA Karangkraf telah berkerjasama mengadakan Majlis Menjunjung Kasih pada 18 Mei 2008 di Saloma Theatre Restaurant, Jln. Ampang, Kuala Lumpur. Tetamu Kehormat adalah D.Y.M.M Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun dan D.Y.T.M. Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim. Beberapa anugerah telah diadakan seperti Anugerah Khas Wanita PLC, Anugerah Ibu Cemerlang, Ibu Unggul dan Ibu Berjaya serta sumbangan derma kepada 10 orang Ibu Tunggal.



Kelab telah membuat lawatan derma ke Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak pada 7 Ogos 2008. Lawatan PLC disertai oleh Penaung PLC iaitu YAM Raja Dato Seri Azureen. Rombongan PLC disambut oleh Puspanita Politeknik Ungku Omar dengan majlis makan tengahari bersama 45 pelajar miskin yang telah dipilih di Dewan Warisan Politeknik Ungku Omar. Kelab telah menderma RM9,000 kepada 45 pelajar berbilang kaum dalam daerah Perak (RM200 x 45).



Sempena sambutan Aidilfitri 2008, Kelab telah membuat satu lawatan ke Rumah Pangsa DBKL Sri Kota, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur dan menyampaikan sumbangan kewangan dan zakat fitrah dari ahli-ahli kepada penduduk yang miskin. Seramai 20 keluarga termasuk OKU telah dipilih untuk menerima sumbangan dari Kelab. Sebanyak RM10,000.00 telah disumbangkan bagi tujuan tersebut.



Kelab PLC telah memilih Kg. Sg. Kota, Parit Buntar, Perak sebagai kampong untuk dilawati dan memberi sumbangan sempena menyambut Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri. Program kali ini turut disertai oleh penuntut-penuntut UKM Kuala Lumpur dan ahli-ahli PLC. Sumbangan derma RM19,500 telah diberikan kepada 65 buah keluarga yang terpilih untuk menerima sumbangan daripada PLC (RM300 x 65). Mereka adalah terdiri dari keluarga yang miskin dan berpendapatan rendah serta mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai. Rombongan kami juga telah disambut oleh Orang Besar Jajahan Parit Buntar, Perak.



Satu majlis makan malam bertemakan ‘Earth, Wind & Fire’ telah diadakan di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Tetamu VIP yang hadir adalah YAM Raja Dato’ Seri Azureen, YAM Dato’ Seri Ellena, YAM Dato’ Seri Yong Sofia dan beberapa VIP lain. Majlis ini diadakan bagi meraikan Hari Ibu, Hari Bapa dan juga ‘Family Day’. Kelab telah menyumbang cek kepada ‘Tabung TV3 Bersamamu’ berjumlah RM10,000 yang disampaikan oleh YAM Raja Dato Seri Azureen selaku Penaung Kelab PLC kepada wakil TV3 Puan Eliza Mohamed pada malam tersebut.


Kelab PLC turut mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim pada 30 Sept. 2006 di Kelab Darul Ehsan, Ampang. Seramai 20 orang anak yatim daripada Persatuan Rumah Kebajikan Silatulrahim Nurul Qana’ah, Gombak telah diraikan. PLC telah memberi sumbangan derma berjumlah RM1000.00 (RM50.00 x 20). Kelab juga membelikan pakaian baju raya sepasang seorang serta songkok dan baju kurung dengan kain tudung.


Kelab telah membuat lawatan sambil berderma di Batu Gajah, Perak pada 24 Okt. 2005 bersama 35 orang ahli PLC. Penyampaian derma kepada 20 keluarga fakir miskin ini telah diuruskan dengan jasa baik daripada Ketua Polis Daerah Bt. Gajah dengan mengadakan Jamuan Makan Tengahari bersama mereka di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kinta, Bt. Gajah. Ketibaan kami telah disambut oleh Yang Amat Bhg. Orang Kaya Temenggung Paduka Raja serta Toh Puan dan Ketua Polis Daerah Kinta YDH ACP Toh Muda Ab. Wahab b. Dato’ Seri Azizul Hassan. Kelab PLC telah menderma sebanyak RM10,000 untuk 20 keluarga miskin (RM500.00 x 20).






Satu Majlis ‘Malam Kasih PLC’ telah diadakan pada 19 Ogos 2005 bertempat di KL Hilton, Kuala Lumpur. Seramai lebih kurang 600 orang hadir pada malam tersebut. Tetamu Kehormat ialah D.Y.T.M Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah dan adindanya Y.A.M. Raja Dato’ Seri Azureen.

VIP jemputan lain yang hadir adalah YBhg. Dato’ Muhayani, Pengerusi TV3 YBhg. Dato’ Mutalib dan YB. Tan Sri Datin Paduka Seri Hjh. Zaleha Ismail. Sumbangan RM40,000 telah diberikan kepada wakil ‘National Society For The Deaf’ .


Atas keprihatinan PLC terhadap mangsa-mangsa Tsunami maka Presiden dan seramai 12 orang AJK telah bersama-sama untuk pergi ke Pejabat Utusan Malaysia, Jalan Riong, Kuala Lumpur bagi menyampaikan sumbangan cek bernilai RM6,000 kepada Tabung Bencana Tsunami Utusan pada 28 Dis. 2004 tahun lalu. Sumbangan itu adalah atas dasar kemanusiaan dan simpati kelab terhadap mangsa bencana akibat trajedi tsunami pada 26 Dis. 2004 lalu.



Kelab PLC telah membuat satu lawatan derma bertajuk 'Program Menjalin Kasih' ke Taiping pada 8 Sept. 2004. Seramai 30 orang ahli telah mengikuti rombongan ini. Rombongan PLC telah disambut oleh pihak Majlis Perbandaran Taiping dengan jamuan makan tengahari bersama-sama 20 keluarga miskin yang diuruskan oleh pihak Majlis Perbandaran Taiping. Pihak Kelab PLC telah menderma sebanyak RM10,000 untuk 20 buah keluarga (RM500 x 20). Selesai majlis rombongan PLC sempat juga membuat lawatan ke Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar.






Kelab telah mengadakan Majlis ‘Charity Gala PLC 2004’ pada 15 Mei 2004 bertempat di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur. Tetamu Di Raja ialah D.Y.T.M Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah dan adindanya Y.A.M. Raja Dato’ Seri Azureen. Hasil kutipan jualan meja dan derma serta sumbangan daripada syarikat-syarikat dan individu telah dapat menambah tabung kebajikan kelab.

Sumbangan RM50,000 telah diberikan kepada wakil Pusat Kreativiti Kanak-Kanak Tuanku Bainun dan RM30,000 kepada wakil Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia.

Sila rujuk pada Album untuk gambar-gambar menarik.



Kelab telah mengadakan lawatan derma ke Perkampungan Orang Asli di Kampung Tonggang, Hulu Kinta, Perak. Rombongan seramai 23 orang ahli PLC telah disambut oleh YB Dato’ Mazidah Zakaria dan beberapa orang Tok Batin dan atas ehsan JHEOA. Sumbangan diberikan berjumlah RM4,440.00 untuk 222 buah keluarga.

Sila rujuk pada Album untuk gambar-gambar lain.



Kelab telah mengadakan Majlis Hi-Tea bagi meraikan Hari Ibu di Saloma Theatre Restaurant, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Tema 'Arabian Nite' memeriahkan suasana majlis dengan berbagai-bagai ragam pakaian yang kesemuanya nampak anggun dan cantik. Beberapa hadiah Pakaian Terbaik/Tercantik juga diadakan. Di majlis tersebut Kelab PLC turut menderma RM3,000 untuk Tabung AMAN MALAYSIA kepada wakil NST. Tetamu Kehormat ialah YAM Raja Dato Seri Azureen bt. Sultan Azlan Muhibbudin Shah.

Rujuk pada Album untuk gambar-gambar lain.


Kelab telah mengadakan satu majlis amal ‘PLC’s Arabian Night’ di Saloma Theatre Restaurant, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 16 Ogos 2002. Majlis amal ini diadakan adalah bagi mengutip derma untuk seorang kanak-kanak iaitu Adik Putri Nabila bt. Nik Ibrahim. Beliau mempunyai masalah jantung dan memerlukan sumbangan bagi menampung perbelanjaan pembedahan tersebut. Kutipan kilat telah dapat dikutip pada malam itu sebanyak RM2,200 dan disampaikan oleh Presiden Kelab PLC serta Artis Jemputan Erra Fazira kepada wakil NST.

Gambar-gambar menarik boleh dinikmati di Album PLC.
Kelab telah mengadakan majlis ‘Malam Amal PLC 2001’ pada 28 Oktober 2001 bertempat di Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur. Kelab PLC telah berjaya mengutip untuk tabung PLC bagi tujuan kebajikan kewangan dari masa ke semasa. Kelab telah dapat mengutip derma kilat sebanyak RM8,000 untuk tujuan derma Tabung Ehsan Pelarian Afghanistan. Sumbangan telah diberikan di Bangunan Dato’ Hussein Onn di Putra World Trade Center (PWTC). Sumbangan cek berjumlah RM8,000 telah disampaikan oleh Presiden Kelab PLC, Pn. Siti Hendon bt. Hj. Chik kepada Encik Zulkifli Mohd Alwi, Pengerusi (Funds Steering Committee) dari Pemuda Umno bagi pihak Kerajaan.


2001
Perak Ladies Club (PLC) Wilayah Persekutuan dan Selangor telah ditubuhkan pada tahun 2001. Matlamat utama PLC ialah untuk membantu golongan yang kurang bernasib-baik melalui gabungan wanita-wanita kelahiran Perak yang bermastautin di luar Perak.

Di bawah naungan Yang Amat Mulia Raja Dato’ Seri Azureen Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, PLC telah bergerak cergas di dalam mencapai matlamat penubuhan mereka. Pihak Kelab yang dipimpin oleh Presiden PLC, Puan Siti Hendon Bt Haji Chik bersama 13 ahli jawatankuasa yang amat berdedikasi, bukan sahaja telah berjaya mencapai matlamat penubuhan PLC, malahan secara tidak-langsung juga memartabatkan kaum wanita sebagai serikandi pembangunan ummah di negara ini melalui sikap mengambil berat mereka terhadap golongan yang memerlukan bantuan.


Semoga usaha ini akan terus menjulang kedudukan wanita di negara ini khususnya wanita kelahiran negeri Perak DR. Berkat doa, usaha serta sokongan ramai InsyaAllah pentas dunia akan pasti mereka jajahi.