Sempena Sambutan Hari Ibu, Kelab PLC dan NONA Karangkraf telah berkerjasama mengadakan Majlis Menjunjung Kasih pada 18 Mei 2008 di Saloma Theatre Restaurant, Jln. Ampang, Kuala Lumpur. Tetamu Kehormat adalah D.Y.M.M Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun dan D.Y.T.M. Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim. Beberapa anugerah telah diadakan seperti Anugerah Khas Wanita PLC, Anugerah Ibu Cemerlang, Ibu Unggul dan Ibu Berjaya serta sumbangan derma kepada 10 orang Ibu Tunggal.



Kelab telah membuat lawatan derma ke Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak pada 7 Ogos 2008. Lawatan PLC disertai oleh Penaung PLC iaitu YAM Raja Dato Seri Azureen. Rombongan PLC disambut oleh Puspanita Politeknik Ungku Omar dengan majlis makan tengahari bersama 45 pelajar miskin yang telah dipilih di Dewan Warisan Politeknik Ungku Omar. Kelab telah menderma RM9,000 kepada 45 pelajar berbilang kaum dalam daerah Perak (RM200 x 45).



Sempena sambutan Aidilfitri 2008, Kelab telah membuat satu lawatan ke Rumah Pangsa DBKL Sri Kota, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur dan menyampaikan sumbangan kewangan dan zakat fitrah dari ahli-ahli kepada penduduk yang miskin. Seramai 20 keluarga termasuk OKU telah dipilih untuk menerima sumbangan dari Kelab. Sebanyak RM10,000.00 telah disumbangkan bagi tujuan tersebut.

0 comments:

Post a Comment