Pada 13 Ogos 2009, PLC telah membuat rombongan bas ke Kpg. Beng, Lenggong, Perak untuk berderma sempena menyambut Ramadhan dan Hari Raya. Seramai 40 keluarga miskin telah dikenalpasti untuk menerima sumbangan daripada Kelab PLC. Sumbangan yang diberikan sebanyak RM500.00 untuk satu keluarga (RM500 x 40 = RM20,000). Program ini disertai oleh Y.A.M. Dato’ Seri Raja Azureen Binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dan Cik Aida, Editor NONA serta jurugambarnya dan disambut oleh Y.Bhg. Dato’ Mazidah Zakaria. Sebelum rombongan PLC sampai ke Kg. Beng, Lenggong, rombongan kami menerima jemputan daripada Penaung PLC yang dikasihi iaitu Y.A.M. Dato’ Seri Raja Azureen Binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah untuk bersarapan pagi di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, Perak. Pihak rombongan PLC juga telah dibawa melawat sekitar dalam Istana dan berkesempatan bergambar kenangan dengan Y.A.M. Dato' Seri Raja Azureen.

0 comments:

Post a Comment