Sempena Sambutan Hari IBu, Kelab telah mengadakan Majlis Belaian Bonda PLC pad 17 Mei 2009 di Prince Hotel & Residence, Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Majlis berbentuk 'Hi-Tea' bermula jam 1.30 ptg hingga 6.00 ptg di hadiri oleh Tetamu DiRaja iaitu D.Y.M.M. Raja Permairusi Perak, Tuanku Bainun dan D.Y.T.M Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim.

Majlis tersebut dengan kerjasama Nona Karangkraf menyediakan hadiah untuk Anugerah Ibu Cemerlang NONA 3 orang dan Anugerah Ibu/Wanita Berjaya PLC 3 orang. Majlis diserikan dengan persembahan nyanyian, cabutan bertuah dan tarian poco-poco.


Baru-baru ini bertempat di Kelab Darul Ehsan, satu majlis sumbangan derma kepada golongan yang kurang bernasib baik telah pun diadakan. Pihak kelab telah memilih untuk menyumbang kepada anak-anak yatim, golongan OKU serta ibu tunggal yang daif sebagai penerima sumbangan. Majlis telah dimulakan dengan berbuka puasa bersama-sama dan kemudian disusuli pula oleh majlis menyerahkan sumbangan kepada golongan terpilih ini.





Terima kasih kepada semua penyumbang dan AJK serta ahli-ahli PLC yang menjayakan majlis tersebut.



Satu majlis tahlil dan ceramah sempena menyambut Ramadhan 1430 telah diadakan di surau Taman Sri Ukay pada 15 Ogos 2009. Majlis telah dihadiri oleh ahli-ahli PLC berserta keluarga mereka bersama-sama jemaah surau tersebut. Majlis telah dimulakan dengan membaca tahlil sebelum menunaikan solat maghrib berjemaah.



Ceramah mengenai Ramadhan pula telah disampaikan oleh penceramah jemputan. Setelah selesai majlis, hidangan malam telah disediakan untuk para jemaah.



Sempena Sambutan Hari Ibu, Kelab PLC dan NONA Karangkraf telah berkerjasama mengadakan Majlis Menjunjung Kasih pada 18 Mei 2008 di Saloma Theatre Restaurant, Jln. Ampang, Kuala Lumpur. Tetamu Kehormat adalah D.Y.M.M Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun dan D.Y.T.M. Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim. Beberapa anugerah telah diadakan seperti Anugerah Khas Wanita PLC, Anugerah Ibu Cemerlang, Ibu Unggul dan Ibu Berjaya serta sumbangan derma kepada 10 orang Ibu Tunggal.



Kelab telah membuat lawatan derma ke Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak pada 7 Ogos 2008. Lawatan PLC disertai oleh Penaung PLC iaitu YAM Raja Dato Seri Azureen. Rombongan PLC disambut oleh Puspanita Politeknik Ungku Omar dengan majlis makan tengahari bersama 45 pelajar miskin yang telah dipilih di Dewan Warisan Politeknik Ungku Omar. Kelab telah menderma RM9,000 kepada 45 pelajar berbilang kaum dalam daerah Perak (RM200 x 45).



Sempena sambutan Aidilfitri 2008, Kelab telah membuat satu lawatan ke Rumah Pangsa DBKL Sri Kota, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur dan menyampaikan sumbangan kewangan dan zakat fitrah dari ahli-ahli kepada penduduk yang miskin. Seramai 20 keluarga termasuk OKU telah dipilih untuk menerima sumbangan dari Kelab. Sebanyak RM10,000.00 telah disumbangkan bagi tujuan tersebut.



Kelab PLC telah memilih Kg. Sg. Kota, Parit Buntar, Perak sebagai kampong untuk dilawati dan memberi sumbangan sempena menyambut Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri. Program kali ini turut disertai oleh penuntut-penuntut UKM Kuala Lumpur dan ahli-ahli PLC. Sumbangan derma RM19,500 telah diberikan kepada 65 buah keluarga yang terpilih untuk menerima sumbangan daripada PLC (RM300 x 65). Mereka adalah terdiri dari keluarga yang miskin dan berpendapatan rendah serta mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai. Rombongan kami juga telah disambut oleh Orang Besar Jajahan Parit Buntar, Perak.



Satu majlis makan malam bertemakan ‘Earth, Wind & Fire’ telah diadakan di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Tetamu VIP yang hadir adalah YAM Raja Dato’ Seri Azureen, YAM Dato’ Seri Ellena, YAM Dato’ Seri Yong Sofia dan beberapa VIP lain. Majlis ini diadakan bagi meraikan Hari Ibu, Hari Bapa dan juga ‘Family Day’. Kelab telah menyumbang cek kepada ‘Tabung TV3 Bersamamu’ berjumlah RM10,000 yang disampaikan oleh YAM Raja Dato Seri Azureen selaku Penaung Kelab PLC kepada wakil TV3 Puan Eliza Mohamed pada malam tersebut.


Kelab PLC turut mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim pada 30 Sept. 2006 di Kelab Darul Ehsan, Ampang. Seramai 20 orang anak yatim daripada Persatuan Rumah Kebajikan Silatulrahim Nurul Qana’ah, Gombak telah diraikan. PLC telah memberi sumbangan derma berjumlah RM1000.00 (RM50.00 x 20). Kelab juga membelikan pakaian baju raya sepasang seorang serta songkok dan baju kurung dengan kain tudung.


Kelab telah membuat lawatan sambil berderma di Batu Gajah, Perak pada 24 Okt. 2005 bersama 35 orang ahli PLC. Penyampaian derma kepada 20 keluarga fakir miskin ini telah diuruskan dengan jasa baik daripada Ketua Polis Daerah Bt. Gajah dengan mengadakan Jamuan Makan Tengahari bersama mereka di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kinta, Bt. Gajah. Ketibaan kami telah disambut oleh Yang Amat Bhg. Orang Kaya Temenggung Paduka Raja serta Toh Puan dan Ketua Polis Daerah Kinta YDH ACP Toh Muda Ab. Wahab b. Dato’ Seri Azizul Hassan. Kelab PLC telah menderma sebanyak RM10,000 untuk 20 keluarga miskin (RM500.00 x 20).