Sempena Hari ulangtahun keputeraan D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, satu majlis makan malam telah diadakan dengan jayanya di Hotel Royale Chulan pada 1 Mei 2010. Majlis telah digarhayu dengan kehadiran D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Tuanku Sultan, D.Y.M.M. Raja Permaisuri Perak,Y.T.M Raja Dato' Azureen Sultan Azlan Muhibbuddin Shah serta kerabat-kerabat kesultanan negeri Perak DR dan pemimpin-pemimpin kini dan terdahulu dari kalangan anak-anak kelahiran negeri Perak.



Lihat gambar seterusnya - Klik di sini.
Pada 13 Ogos 2009, PLC telah membuat rombongan bas ke Kpg. Beng, Lenggong, Perak untuk berderma sempena menyambut Ramadhan dan Hari Raya. Seramai 40 keluarga miskin telah dikenalpasti untuk menerima sumbangan daripada Kelab PLC. Sumbangan yang diberikan sebanyak RM500.00 untuk satu keluarga (RM500 x 40 = RM20,000). Program ini disertai oleh Y.A.M. Dato’ Seri Raja Azureen Binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dan Cik Aida, Editor NONA serta jurugambarnya dan disambut oleh Y.Bhg. Dato’ Mazidah Zakaria. Sebelum rombongan PLC sampai ke Kg. Beng, Lenggong, rombongan kami menerima jemputan daripada Penaung PLC yang dikasihi iaitu Y.A.M. Dato’ Seri Raja Azureen Binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah untuk bersarapan pagi di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, Perak. Pihak rombongan PLC juga telah dibawa melawat sekitar dalam Istana dan berkesempatan bergambar kenangan dengan Y.A.M. Dato' Seri Raja Azureen.


Under the patronage of Y.T.M Raja Dato' Azureen Sultan Azlan Muhibbuddin Shah and in conjunction with D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah's birthday, Perak Ladies Club (PLC) is organizing a charity dinner on 1st May 2010 at the Royale Chulan Hotel, Jalan Conlay Kuala Lumpur.

  • Royal Guests    D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan & D.Y.M.M Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan
  • Venue              Royale Chulan Hotel, Jalan Conlay, Kuala Lumpur
  • Date                 1st May 2010 (Saturday)
  • Time                 7.30pm
  • Theme              '1001 NITE GALA'
  • Dress Code      Middle East

As a non-profit organization, for over 9 years PLC has extended our helping hands to lessen the burden of hardcore poor in many kampongs across the State of Perak. This is done through generous sponsorships and donations from Corporates as well as individuals.

In order to continue with this heartfelt effort, we hope your kindness will be highly demonstrated through the purchase of table(s) for the dinner:

  1. VVIP Table - RM 10,000 for 10 pax
  2. VIP Table - RM 8,000 for 10 pax
  3. Standard Table - RM 5,000 for 10 pax
Do not hesitate to contact us for further enquiries:

  1. Puan Norazimah at 019 357 2727
  2. Puan Norsiah at 012 238 0611
Your kind contribution is much appreciated.
Thank you.

From the President of Perak Ladies Club, Puan Hjh Siti Hendon Hj Chik.







Sempena Sambutan Hari IBu, Kelab telah mengadakan Majlis Belaian Bonda PLC pad 17 Mei 2009 di Prince Hotel & Residence, Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Majlis berbentuk 'Hi-Tea' bermula jam 1.30 ptg hingga 6.00 ptg di hadiri oleh Tetamu DiRaja iaitu D.Y.M.M. Raja Permairusi Perak, Tuanku Bainun dan D.Y.T.M Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim.

Majlis tersebut dengan kerjasama Nona Karangkraf menyediakan hadiah untuk Anugerah Ibu Cemerlang NONA 3 orang dan Anugerah Ibu/Wanita Berjaya PLC 3 orang. Majlis diserikan dengan persembahan nyanyian, cabutan bertuah dan tarian poco-poco.


Baru-baru ini bertempat di Kelab Darul Ehsan, satu majlis sumbangan derma kepada golongan yang kurang bernasib baik telah pun diadakan. Pihak kelab telah memilih untuk menyumbang kepada anak-anak yatim, golongan OKU serta ibu tunggal yang daif sebagai penerima sumbangan. Majlis telah dimulakan dengan berbuka puasa bersama-sama dan kemudian disusuli pula oleh majlis menyerahkan sumbangan kepada golongan terpilih ini.





Terima kasih kepada semua penyumbang dan AJK serta ahli-ahli PLC yang menjayakan majlis tersebut.



Satu majlis tahlil dan ceramah sempena menyambut Ramadhan 1430 telah diadakan di surau Taman Sri Ukay pada 15 Ogos 2009. Majlis telah dihadiri oleh ahli-ahli PLC berserta keluarga mereka bersama-sama jemaah surau tersebut. Majlis telah dimulakan dengan membaca tahlil sebelum menunaikan solat maghrib berjemaah.



Ceramah mengenai Ramadhan pula telah disampaikan oleh penceramah jemputan. Setelah selesai majlis, hidangan malam telah disediakan untuk para jemaah.



Sempena Sambutan Hari Ibu, Kelab PLC dan NONA Karangkraf telah berkerjasama mengadakan Majlis Menjunjung Kasih pada 18 Mei 2008 di Saloma Theatre Restaurant, Jln. Ampang, Kuala Lumpur. Tetamu Kehormat adalah D.Y.M.M Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun dan D.Y.T.M. Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim. Beberapa anugerah telah diadakan seperti Anugerah Khas Wanita PLC, Anugerah Ibu Cemerlang, Ibu Unggul dan Ibu Berjaya serta sumbangan derma kepada 10 orang Ibu Tunggal.



Kelab telah membuat lawatan derma ke Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak pada 7 Ogos 2008. Lawatan PLC disertai oleh Penaung PLC iaitu YAM Raja Dato Seri Azureen. Rombongan PLC disambut oleh Puspanita Politeknik Ungku Omar dengan majlis makan tengahari bersama 45 pelajar miskin yang telah dipilih di Dewan Warisan Politeknik Ungku Omar. Kelab telah menderma RM9,000 kepada 45 pelajar berbilang kaum dalam daerah Perak (RM200 x 45).



Sempena sambutan Aidilfitri 2008, Kelab telah membuat satu lawatan ke Rumah Pangsa DBKL Sri Kota, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur dan menyampaikan sumbangan kewangan dan zakat fitrah dari ahli-ahli kepada penduduk yang miskin. Seramai 20 keluarga termasuk OKU telah dipilih untuk menerima sumbangan dari Kelab. Sebanyak RM10,000.00 telah disumbangkan bagi tujuan tersebut.